perkahwinan kami...

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad waidz zahin Muhammad lutfi

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 27, 2010

Sound trouble???

SITUASI 1

Sewaktu menonton berita di Buletin Utama TV3, hangat tentang berita wabak penyakit Kuku dan Mulut yang tersebar di beberapa buah negeri di Malaysia. Tiba-tiba nenek saya atau we (panggilan biasa cucu-cucunya) bertanya pada Pokceng (ayah saudara saya).

We: Ceng, penyakit 'Kuku dalam Mulut' tu macam mana???
Pokceng: Ha?????

Terkulat-kulat Pokceng mendengar soalan We tu. Mungkin dia nak ketawa tetapi tak sampai hati.

SITUASI 2

Seorang Keling (indian guy) tiba-tiba datang ke rumah bertanyakan sesuatu kepada we. Lama juga dua orang ini berborak, macam ayam dan itik berborak. Tak lama kemudian, Abuya (ayah saya) pun datang.

"Kenapa mak???", abuya bertanya pada we. "Entahlah, budak keling ni jual 'petai jeruk'. Orang kata tak nak, tak paham-paham jugak", we membalas.

"Hey, you jual apa?", tanya abuya pada that guy. "Mau tar taruk ka???" tanya keling tu. "Berapa???" abuya bertanya lagi. Setelah beberapa lama berunding, that guy pun balik.

Balik je keling tu, tak henti-henti umi dan abuya ketawa. Rupa-rupanya dia bertanya pada we nak tak letak tar (mcm jalan tar) kat halaman rumah kami tu dan bukanlah menjual 'petai jeruk' seperti yang didengar oleh we.


SITUASI 3

Suatu hari di majlis perkahwinan sepupu saya, Kak Yoh. Saya dan We sibuk membelek-belek hantaran pihak perempuan untuk diserahkan kepada pengantin lelaki.

We: Kakak, cuba tengok kasut ni. Molek ke?? Macam kasut masuk hutan je.
Saya: Ish we ni..kasut mahal tu..tengokla jenama dia, kasut Dr. Cardin tuuu...
We: Ha???bakpe pulok Yoh ambek kasut doktor Kadir??? Doktor Kadir mana ni??Rompin ni ada Dr Majid je yang we tau.
Saya:ha??????

Adeh, macam terasa kena hempok je atas kepala ni. Apa-apalah we....


Tuesday, July 20, 2010

Putera Kesayanganku


Rindunya pada anakku waidz
Oh hati bersabarlah..
Anakku waidz semoga baik-baik saje disamping Tok Umi & Tok Buya di sana..
Umi rindukan waidz sehingga menitiskan air mata tiap kali teringatkan dirimu jauh dari umi
Oh hati bersabarlah..


Waidz anakku, maafkan umi terpaksa berjauhan seketika
Semoga kesusahan kita ini diganti ALLAH dengan kesenangan suatu hari nanti
Umi sayang waidz sampai bila-bila
Oh hati bersabarlah
Oh ALLAH give me the strength in all my ways

Saturday, July 10, 2010

Big Apple Donut

"Kakak tak bersalin lagi ke umi" tanya uda pada umi tiap kali dihubungi. "belom"jawab umi. "aisey, orang dan ngah nak balik ni. Nak tengok baby dia. Kalu dia tak bersalin, malasla kitorang nak balik"tambah uda.

Minggu berikutnya soalan sama diajukan lagi. Tapi saya masih 'sihat' seperti biasa. Hehe. Mungkin kerana penat menunggu saya tidak lagi bersalin-bersalin, akhirnya ngah dan uda balik juga petang Jumaat tu. Saya sempat memesan mereka membelikan Big Apple Donut kerana saya dah lama mengidamkan donut tu berbanding Dunkin Donut. Akhirnya dapat jugak saya makan apa yang saya idamkan sejak mengandung. Banyak jugak saya makan malam tu. Terasa puas.



Malam itu pada pukul 3 pagi, saya terjaga. Saya terasa perut memulas-mulas. Sakit sangat perut. Berapa kali saya ulang alik ke tandas untuk membuang air. Sempat jugak saya menghantar mesej pada suami yang berada di Sarawak dan memberitahu bahawa perut saya sakit. Malam itu saya memang tak boleh tidur menahan kesakitan. Hampir pukul 6 pagi, baru semua sedar saya tak dapat tidur malam tu..

Sakit saya makin kerap dan umi memberitahu saya mungkin akan bersalin pada hari tersebut. Memang betul. Setiba sahaja di hospital, saya diperiksa. Kes saya dirujuk ke Hospital Pekan kerana anak sulung saya perlu dilahirkan di situ. Huhu, Big Apple Donut makanan terakhir yang sempat saya makan dan dah lama saya idamkan. Alhamdulillah, kalau tak kempunanlah saya. Anak saya ni pun pandai, mungkin dia menunggu makcik-makciknya balik, barulah dia mahu keluar melihat dunia.

p/s:
TQ to uda and ngah for buying me the donuts..best giler..maveles..


Friday, July 9, 2010

Orang Tua


huh hari ni boring betul...
umi abuya n uda pegi berfamily day di Gambang waterpark
sume benda nak buat jadi malas..
kain pun disidai lambat..
yang membuatkan saya bengang hari ni asyik ditegur..
sume yg dibuat salah, itu salah, ini salah
ish..geram tul..rasa nak pecah kepala
nak di lawan, orang tua..
orang tua, orang tua...

orang tua ni, kalu makin tua makin kuat berleter ke ek???
ish2...ntah2 aku nanti camtu jugak




Monday, June 28, 2010

Semua Milik Allah

anak, harta, suami, keluarga
semua itu milik ALLAH
apa yang ada pada kita hari ini adalah pinjaman semata2
itu pesan umi
dan pesanan itu juga seperti memujuk hatinya sendiri
semuanya ada kaitan dengan adik saya sendiri yang baru saje mendirikan rumah tangga baru2 ini pada 12 jun 2010
kedua orang tua saya ini sangat terasa kehilangan dia
walaupun dia seorang yang sangat berdikari, kasar, tegas, pandai membawa diri
dia tetap dirindui
saya sempat juga bertanya
"masa kakak kawin tak rasa kehilangan ke??"
mereka menjawab "kakak tak pergi jauh, duduk dekat je"
kasihan juga pada mereka berdua


saya doakan kedua pasangan ini berbahagia hingga akhir hayat
semoga dikurniakan kesabaran dalam menghadapi ujian yang bakal mendatang


Saturday, June 26, 2010

HERO


salam pertemuan
saya dah selamat bersalin..
alhamdulillah
nak tengok our baby??
hehe, ini dia hero kami
MUHAMMAD WAIDZ ZAHIN


sangat bijak dan sudah pandai senyum
pengalaman jadi ibu memang seronok
tapi hari ni, hari ke 41 saya dah pandai mandikan waidz
biasanya suami, mak @ adik2 saya akan mandikan
saya takut..tapi dah sekian lama teringin pulak nak mandikan waidz..

waidz, umi sayang waidz

muah! muah!



masa dalam pantang, suami saya yang paling banyak membantu
mandikan anak, berjaga malam, buatkan susu anak dan..macam2 lagi lah..
yang seronok, abuya memuji pula suami saya yang pandai mandikan waidz
terima kasih abang
kepada my parent & adik2 ku (ngah, uda, icik, ayep, afiq)
terima kasih yang tak terhingga..


Tuesday, February 9, 2010

Apa2 saje..



Assalamualaikum..bertemu lagi..hmmm tiba2 teringat pulak pada satu kisah ni yg blaku tahun lepas..pasal suami saya..hmm..nak dijadikan cerita, satu hari suami saya bagitau dia diarahkan pergi berkursus di Lawas untuk beberapa hari..jauh dari sekolahnya di Kuching.

saya pon buat tidak kisah je..kol suami pon tidak pada hari tersebut..sebab dia kata tempat tu jauh sgt dari kuching..kene naik flight dulu, dah smpai airport kene naik bas pulak 2 jam..

malam itu, saya
tidur awal. Biasanya tiap malam pasti bergayut sakan di telefon dengan suami..saya agak mesti perjalanan tu sangat memenatkan..kesian pada suami saya.. Tepat pukul 1 pagi..tiba2 suami menelefon saya.."abang baru sampai ditempat kursus ni"..saya mendengar dalam keadaan mamai "abang rehatla..kesian abang..mesti penatkan??"padahal saya rasa sangat mengantuk masa tu.

"nak tengok x tempat tu?" suami saya membalas. "nanti abang kol 3G ye??" "oh, ok!" saya jawab endah x endah. "Ni lah tempat abang kursus tu..cantik x??" suami saya menunjukkan sekeliling tempat dia tiba..saya pun melihat dengan perasaan biasa je..tiba2 saya terlihat sesuatu...pintu rumah..ya pintu rumah..mata tiba2 menjadi segar.. "eh...biar betul...macam pernahku lihat, tapi di mana ya???" saya pon menjerit..

saya cepat2 keluar dari bilik dan membuka pintu rumah..ya allah..suami saya betul2 berada di
depan mata saya. saya mencium tangannya dan memeluk dia seeratnya..hanya Allah saje yg tau apa perasaan saya masa tu..haha..ini kejutan paling bermakna buat saya..dia pulang semata2 ingin membawa saya ke klinik untuk pemeriksaan kandungan saya yang baru berusia 3 bulan.huhu..sangat terharu...terima kasih abang..terima kasih

Monday, February 8, 2010

Hargailah Dia..


Saya tertarik dgn artikel ini dan ingin saya kongsikan bersama utk renungan kpd diri saya dan semua...........


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.


Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak kamu akan kehilangannya dan apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.

"apabila dia pergi barulah kita tahu bahawa ia bernilai utk kita"

Tuesday, February 2, 2010

Jangan Sekadar Syurga Dunia


“Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.

“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya.

Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.

“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.

“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.

“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.

“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.

“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.

“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.

“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.

“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.

“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.

Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.

NIKAH UNTUK SELESAI

Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.

Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek. Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang.

Sepanjang kehidupan.

Kebelakangan ini saya dihimpit rasa bimbang.

Tatkala hari demi hari didatangi pasangan yang berkahwin muda mengadu masalah, saya memaksa diri untuk berfikir dan mencari sudut-sudut tersembunyi (blind spot) di dalam tasawwur seorang anak muda semasa mahu bernikah.

“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.

Jantung saya berdebar.

Merenung matanya, saya dapat merasakan ada semacam satu kehampaan di dalam dirinya kerana terbeban oleh perasaan yang gagal disembunyikannya. Syukur, sekurang-kurangnya dia mahu bertanya. Di samping berusaha menemukan jawapan, saya juga dapat belajar sesuatu untuk diri dan dikongsi dengan yang lain.

Bagaimana boleh bosan?

Saya harus mencari jawapan pada titik mula dan titik tengah soalan itu.

Justeru untuk mencari penjelasan pada titik mula, saya persoalkan tujuan perkahwinannya semasa di tahun 2 pengajian lebih setahun yang lalu.

“Kami selalu berjumpa. Saya bimbang hati terus terfitnah memikirkan tentangnya. Alhamdulillah saya tidak bertepuk sebelah tangan. Biar pun ayah dan ibu kami agak berat untuk menyatakan persetujuan, tetapi syukur akhirnya mereka merestui,” cerita beliau.

“Alhamdulillah.Jadi, sekarang ini, adakah anta sudah mendapat apa yang dicari?” saya bertanya.

“Ya, cuma…” beliau teragak-agak menyebut.

“”Cumanya sekarang anta sedang dilanda jemu, kan?” saya sambungkan ayatnya yang tidak langsai itu.

Tatkala kita mengejar sebuah ikatan perkahwinan sebagai jalan keluar kepada apa-apa sahaja masalah yang sedang dihadapi, syukur jika masalah itu selesai, dan syukur juga jika masalah itu belum selesai. Sekurang-kurangnya dia masih punya sesuatu untuk diusahakan dalam sebuah perkahwinan. Namun bagi yang masalah sudah selesai di tahun satu pernikahannya, apa lagi cita-cita dan azam yang ada dalam visi dan misinya bagi melangsungkan usia perkahwinan?

Daripada gelisah menjadi tenang dengan nikah.

Timbul jemu, mahu mencari tenang dengan membatalkan nikah?

Naudhubillah

Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”

Sepatutnya masalah seperti ini tidak timbul.

Tetapi realiti sering meninggalkan banyak ’sepatutnya’ terkontang-kanting menjauhi kesempurnaan.

Perkahwinan menyelesaikan.

Tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesaian.

Ia adalah sebuah gagasan.

Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke Syurga.

Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.

Jangan sekadar syurga dunia.

“Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi) mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah” [Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah]

petikan dari,

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Tuesday, January 26, 2010

Teman Hidup

Sudah lama saya tidak menulis di dalam ruangan ini. Maklumlah dengan kesibukan terutama dengan assignment yang tak putus2, yang menanti untuk disiapkan dan dihantar, tidak mengizinkan saya singgah di ruangan ini. Sekiranya tidak dengan assignment, ada perkara lebih penting perlu dilunaskan dahulu contohnya bergayut dengan suami tercinta. Haha..Sehari tidak mendengar suaranya, rasa tidak lengkap hidup ini..rasanya seperti mengalahkan orang yang bercinta. Itulah penangan suami isteri yang tinggal berjauhan..PJJ..perhubungan jarak jauh..terpisah oleh laut china selatan..tapi hati tak pernah berjauhan..di sebalik semua ini, ada juga kebaikan..hubungan kami jadi lebih erat, malah saling memahami..

Suami saya amat mengambil berat tentang diri saya..setiap hari pasti menanyakan tentang banyak perkara yang perlu saya lakukan. Makan ubat, madu, minum susu, mengaji dan berzikir..maklumlah, dia tahu benar perangai isterinya yang kadang2 culas melakukan semua itu..haha..Selain itu, kami juga melakukan pertandingan siapa paling cepat menghabiskan 30juzuk alquran..siapa yang kalah akan memberikan hadiah pada yang menang..saya nyatakan hasrat saya inginkan sebuah henset baru sekiranya saya menang..tetapi suami saya katakan dalam gurauannya, dia mungkin akan membeli housing henset yang baru untuk henset lama saya, kemudian barulah dihadiahkan pada saya..seperti yang dilakukan oleh seorang kawannya semasa harijadi isterinya. Itulah suami saya, kadang2 tidak habis2 mengusik saya..Tetapi saya tidak kisah dengan gurauannya itu. Bagi saya semua itu tidak penting. Yang penting, apa yang kami lakukan ini hanyalah demi kebaikan anak sulung kami..permata hati kami..

Bersyukur pada Allah yang membenarkan saya mempunyai teman hidup sepertinya..itulah suami saya, teman, sahabat tempat untuk mengadu, berkongsi cerita suka dan duka..Saya rakamkan jutaan terima kasih dan rasa sayang saya buatnya..Mudah-mudahan hubungan atas dasar kasih sayang ini berkekalan sampai bila2..Amiin..

Thursday, January 7, 2010

Baby...oh baby

Hari ini, 7/1/2010. Baby dalam kandungan saya dah genap 20 minggu. Banyak perubahan yang berlaku kepada saya. Kadang2 perut saya terasa seperti ditendang. Yang ajaibnya, bila saya membaca ayat2 suci lagi kuat tendangannya. Setiap kali di dalam kuliah/lecture pun begitu.
Memang waktu ini, ramai pakar mengatakan bayi sudah mula mendengar terutama suara ibunya. Ajaibkan?? Suami saya menggalakkan saya membeli mp3 untuk mendengarkan dia ayat2 suci. Insyaallah saya akan cuba dapatkannya abang.

Banyak yang saya pelajari semenjak saya berada di UTM ni. Menjadi seorang pelajar dalam masa yang sama bakal bergelar ibu memang agak mencabar. Kadang2 emosi juga terganggu, tidur yang tidak nyenyak kerana perut semakin besar menyukarkan posisi tidur.Hanya tidur mengiring sebagai pilihan. Bila tidur menelentang, pinggang rasa seperti tertekan. Sangat sakit. Menurut pakar, posisi seperti ini menyebabkan jantung terpaksa berkerja lebih dan ia tidak baik untuk ibu& bayi kerana penghantaran oksigen kepada kedua-duanya menjadi kurang efektif.

DIA Maha Mendengar, Maha Mengasihi. Semua urusan saya dipermudahkanNya. Alhamdulillah...Sehingga kini saya pelajari bahawa, anak bukanlah penghalang untuk kita terus belajar. Segalanya boleh diatasi sekiranya kita percaya ada orang yang menjaga kita. Dialah ALLAH, Tuhan segala Makhluk dan Pencipta kita. Buat suamiku, anda adalah kekuatan saya juga. Terima kasih atas segala2nya. Saya sayang abang..

Jerung Kehidupan...

Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu cerita yang membuatkan saya rasa amat terkesan dihati. Ceritanya pasal nelayan-nelayan di negara Jepun. Kita semua tau yang orang Jepun memang suka sangat makan ikan-ikan segar. Sebab itu kalau kita tengok sushi yang dijual kat Jusco ke, Carrefour ke, mesti di atasnya ada ikan mentah. Orang Jepun memang suka ikan mentah tapi mestilah yang segar. Macam-macam warna. Dan cara hidangannya semestinyalah menarik. Ye kan? Teringat pula pada suami saya yang suka makan sushi. Abuya pulak akan kata, "sushi???TAK BAGUS!!nanti otak berulat", katanya selepas tengok info 'akibat makan sushi' di internet.Ok, berbalik semula pada cerita tadi. Satu masalah yang perlu dihadapi oleh nelayan-nelayan ini ialah perairan Jepun tak banyak ikan. Jadi, mereka perlulah pergi ke tempat atau perairan yang lebih jauh. So, mereka sediakan bot yang lebih besar dan canggih yang dilengkapi dengan freezer dan bermacam-macam lagi. Jadi dapatlah mereka menangkap ikan sebanyak-banyaknya dan menyimpan ikan-ikan tersebut di dalam freezer. Selang beberapa hari, apabila sampai saje di daratan, ikan-ikan tersebut dihantar ke pelbagai tempat untuk dijual. Tapi satu lagi masalah timbul, orang-orang Jepun tidak sukakan rasa ikan tersebut. Bagi mereka rasa ikan yang telah disejukbeku tidaklah seenak ikan segar.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini nelayan-nelayan tersebut telah mencari alternatif untuk memastikan ikan yang dibawa pulang adalah ikan-ikan hidup dan semestinya segar. Mereka pun menyediakan tangki-tangki besar untuk menyimpan hidup-hidup ikan yang telah ditangkap dalam kapasiti yang agak banyak. Persoalannya adakah Japanese (orang-orang Jepun) akan sukakan rasa ikan-ikan tersebut?? Amat mengejutkan, mereka masih lagi tidak sukakan rasa ikan tersebut. Ish-ish, cerewet betul mereka ni.

Akhirnya, nelayan2 ini telah mendapat satu idea. Mereka masih menggunakan tangki2 tersebut tetapi dalam masa yang sama setiap tangki tersebut akan diisi dengan jerung kecil. Untuk apa??? Jerung ini menyebabkan ikan2 tadi bergerak/ berenang lebih aktif bagi mengelakkan diri dimakan oleh jerung tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan mereka lebih segar apabila sampai di daratan kelak. Ikan2 yang lemah dan malas bergerak, sudah pasti akan jadi habuan jerung tersebut. 

Jadi, apakah jerung dalam hidup kita??? Sudah tentu anda tahu jawapannya kan!! Cabaran, dugaan dan ujian yang ALLAH berikan pada kita bukan untuk menyusahkan kita, tapi bagi memastikan kita sentiasa dalam keadaan FRESHed, MOTIVATed, and MOVE FASTER. Renung-renungkan..