perkahwinan kami...

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad waidz zahin Muhammad lutfi

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 26, 2011

Rindu dendam bersulam dendam


Malam ini air mata ummu waidz tumpah lagi..Terasa sebak datang tiba-tiba..Bila dilayan perasaan ini, makin deras titisannya meluncur dari kelopak mata. Kerinduan pada mereka yang terpisah jauh penyebab perasaan yang berkecamuk. Sekali lagi aku menangisi nasib hidup sebegini.

3 minggu cuba berlagak seperti biasa, tapi akhirnya tewas.
3 minggu tak jumpa putera kesayanganku terasa mood semakin bercampur-campur. Sedih, suka, duka menjadi satu. Kusut sehingga sukar meleraikannya.

Salahkah aku menangisi apa aku rasai. Tiap kali orang bertanyakan tentang suami & anak, suaraku bergetar menceritakannya. Dari mata mereka jelas menunjukkan rasa simpati. Begitu terharu apabila ada yang sudi menghulurkan bantuan sekiranya aku mempunyai masalah kelak. Terima kasih pada yang simpati. Terima kasih kepada yang sudi mendengar. Terima kasih pada adik-adik serumah yang sudi menerima aku di sini. Terima kasih buat kedua ibubapaku yang menjaga puteraku selama ini.

Waidz, umi akan balik nanti dan bawa waidz ke sini. Waidz kena bersedia untuk hadapi suasana baru pula. Biar kita merantau jauh. Mungkin di sini kita akan temui apa makna kasih sayang dan pengorbanan.

Thursday, January 13, 2011

Taska buat Waidz

Terasa lega hati ni bila waiz diterima masuk ke taska yang tak jauh dari rumah. Belum jumpa lagi pengasuhnya, tapi bila dengar sendiri dari gaya percakapan pengurus taska tu via phone, dapat tau memang baik orangnya..rasa lega sangat-sangat. Awal-awal dia bagitau, di taska tersebut no buai, no walker, no nestum segera..dia kata sume tu tak elok untuk perkembangan baby..tapi itulah perkara wajib ada bagi ummu waidz ni.




Biarlah mahal pun bayaran bulanan taska tu, tapi tidaklah semahal harga saya
dapat bersama-sama dengan waidz. Saya sudah rugi beberapa bulan bersama putera kesayangan saya ini. Hari-hari saya berdoa mudah-mudahan saya diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan untuk menjaga waidz sendirian walaupun tanpa suami di sisi. Bekerja part time, pelajar dan menjadi seorang ibu dalam satu masa bukan mudah. Tapi kalau kita yakin adanya bantuan Allah, pasti boleh buat. Semoga kesenangan akan hadir setelah kami hadapi segala susah payah ini.

Allah, kepadamu aku berharap dan mohon pertolongan.

Wednesday, January 5, 2011

waiz dah masuk 8 bulan

Iye..nak masuk 8 bulan dah..Masa mula-mula nak belajar buat bunyi dulu, dia akan bunyi "aghrrrr...aghrrr"...sekarang dah boleh sebut "abbbah, mammmak"...macam bunyi 'abah' dan 'mamak' kan????ooopps, 'mamak'???memang ikut abi dia la ni orang Sabah, bahasakan 'emak' sebagai 'mamak'...hehehe..tak pela.."anak bapak..."kata abi dia.

Tapi yang selalu dia sebut "atatata..atata.." Bila lihat telatah dia, rasa geram sangat. Selalu berlagak macam orang dewasa, bila semua orang tengah makan di meja, dia nak join sekali..kalau join tengok aje takpe...ni join nak makan sekali..nestum dan bubur orang suapkan dia tak nak. Siap tutup mulut, ntah belajar dari sape..Yang dia nak makan, makanan yang boleh dipegang sendiri..macam biskut, keropok, roti dan roti canai pun dibahannya...waiz..waiz..ish, geram!

waiz budak bijak, sebijak uminya..hahah..masuk bakul kejap..tak pela kan..ini blog, ana yang punya..suka hatila nak cakap hape...si budak bijak ni pun dah pandai lambai-lambai tangan bila kita sebut "bye bye"...tengok budak-budak sebaya dia, takde lagi yang pandai bye bye kot..bijak, memang bijak..anak umi dia...kecik-kecik dah masuk u, kan waiz? oopps, ni dah SBRB ni...sombong, riak, bongkak dan...berlagak! macam abi selalu ajar..hehe

Tuesday, January 4, 2011

~tahun baru, tanpa azam baru

Sorry, lama jugak tak meng'update' blog ni..dah 4 Januari 2011...berapa sangatla entry saya sejak mula2 register blog ni.. seronok baca orang lain punya blog je..

Azam baru???huhu..tiada..sepanjang hari, setiap masa selalu berdoa supaya diberi kekuatan untuk hadapi segala rintangan hidup ni..selalu jgk doa agar kehidupan saya ni jadi lebih baik...bila sedih,my hubby always says, "sabar yang....ada hikmahnya". Tapi sampai bila nak sabar???sabar tu ada hadnya...tu la ayat orang yang tak nak dengar nasihat macam saya ni. Kadang-kadang rasa letihnya hidup macam ni...sangat letih.

Cemburu bila lihat orang lebih baik, lebih bahagia dari kita..dah la cantik, pandai, kaya pulak tu..bahagia pulak dengan family..sebab tu la ramai orang kata, tengok la orang yang lebih susah dari kita...syaitan tu selalu je nak ajak kita jadi kawan dia. Then, jadilah kita orang tak bersyukur..

Saya juga tahu, dalam hidup ni tak semua yang kita dapat yang sedap-sedap saje..kadang2 kena jugak makan yang tak sedap dan pahit..kerana yang pahit dan tak sedap itulah ubat yang jadikan diri kita lebih baik..

p/s waiz...umi rindu waiz..juga pada abi..semoga ujian ini akan digantikan dengan kemanisan suatu hari nanti...(T_T)......

Tuesday, July 27, 2010

Sound trouble???

SITUASI 1

Sewaktu menonton berita di Buletin Utama TV3, hangat tentang berita wabak penyakit Kuku dan Mulut yang tersebar di beberapa buah negeri di Malaysia. Tiba-tiba nenek saya atau we (panggilan biasa cucu-cucunya) bertanya pada Pokceng (ayah saudara saya).

We: Ceng, penyakit 'Kuku dalam Mulut' tu macam mana???
Pokceng: Ha?????

Terkulat-kulat Pokceng mendengar soalan We tu. Mungkin dia nak ketawa tetapi tak sampai hati.

SITUASI 2

Seorang Keling (indian guy) tiba-tiba datang ke rumah bertanyakan sesuatu kepada we. Lama juga dua orang ini berborak, macam ayam dan itik berborak. Tak lama kemudian, Abuya (ayah saya) pun datang.

"Kenapa mak???", abuya bertanya pada we. "Entahlah, budak keling ni jual 'petai jeruk'. Orang kata tak nak, tak paham-paham jugak", we membalas.

"Hey, you jual apa?", tanya abuya pada that guy. "Mau tar taruk ka???" tanya keling tu. "Berapa???" abuya bertanya lagi. Setelah beberapa lama berunding, that guy pun balik.

Balik je keling tu, tak henti-henti umi dan abuya ketawa. Rupa-rupanya dia bertanya pada we nak tak letak tar (mcm jalan tar) kat halaman rumah kami tu dan bukanlah menjual 'petai jeruk' seperti yang didengar oleh we.


SITUASI 3

Suatu hari di majlis perkahwinan sepupu saya, Kak Yoh. Saya dan We sibuk membelek-belek hantaran pihak perempuan untuk diserahkan kepada pengantin lelaki.

We: Kakak, cuba tengok kasut ni. Molek ke?? Macam kasut masuk hutan je.
Saya: Ish we ni..kasut mahal tu..tengokla jenama dia, kasut Dr. Cardin tuuu...
We: Ha???bakpe pulok Yoh ambek kasut doktor Kadir??? Doktor Kadir mana ni??Rompin ni ada Dr Majid je yang we tau.
Saya:ha??????

Adeh, macam terasa kena hempok je atas kepala ni. Apa-apalah we....


Tuesday, July 20, 2010

Putera Kesayanganku


Rindunya pada anakku waidz
Oh hati bersabarlah..
Anakku waidz semoga baik-baik saje disamping Tok Umi & Tok Buya di sana..
Umi rindukan waidz sehingga menitiskan air mata tiap kali teringatkan dirimu jauh dari umi
Oh hati bersabarlah..


Waidz anakku, maafkan umi terpaksa berjauhan seketika
Semoga kesusahan kita ini diganti ALLAH dengan kesenangan suatu hari nanti
Umi sayang waidz sampai bila-bila
Oh hati bersabarlah
Oh ALLAH give me the strength in all my ways

Saturday, July 10, 2010

Big Apple Donut

"Kakak tak bersalin lagi ke umi" tanya uda pada umi tiap kali dihubungi. "belom"jawab umi. "aisey, orang dan ngah nak balik ni. Nak tengok baby dia. Kalu dia tak bersalin, malasla kitorang nak balik"tambah uda.

Minggu berikutnya soalan sama diajukan lagi. Tapi saya masih 'sihat' seperti biasa. Hehe. Mungkin kerana penat menunggu saya tidak lagi bersalin-bersalin, akhirnya ngah dan uda balik juga petang Jumaat tu. Saya sempat memesan mereka membelikan Big Apple Donut kerana saya dah lama mengidamkan donut tu berbanding Dunkin Donut. Akhirnya dapat jugak saya makan apa yang saya idamkan sejak mengandung. Banyak jugak saya makan malam tu. Terasa puas.



Malam itu pada pukul 3 pagi, saya terjaga. Saya terasa perut memulas-mulas. Sakit sangat perut. Berapa kali saya ulang alik ke tandas untuk membuang air. Sempat jugak saya menghantar mesej pada suami yang berada di Sarawak dan memberitahu bahawa perut saya sakit. Malam itu saya memang tak boleh tidur menahan kesakitan. Hampir pukul 6 pagi, baru semua sedar saya tak dapat tidur malam tu..

Sakit saya makin kerap dan umi memberitahu saya mungkin akan bersalin pada hari tersebut. Memang betul. Setiba sahaja di hospital, saya diperiksa. Kes saya dirujuk ke Hospital Pekan kerana anak sulung saya perlu dilahirkan di situ. Huhu, Big Apple Donut makanan terakhir yang sempat saya makan dan dah lama saya idamkan. Alhamdulillah, kalau tak kempunanlah saya. Anak saya ni pun pandai, mungkin dia menunggu makcik-makciknya balik, barulah dia mahu keluar melihat dunia.

p/s:
TQ to uda and ngah for buying me the donuts..best giler..maveles..