perkahwinan kami...

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad waidz zahin Muhammad lutfi

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, January 7, 2010

Jerung Kehidupan...

Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu cerita yang membuatkan saya rasa amat terkesan dihati. Ceritanya pasal nelayan-nelayan di negara Jepun. Kita semua tau yang orang Jepun memang suka sangat makan ikan-ikan segar. Sebab itu kalau kita tengok sushi yang dijual kat Jusco ke, Carrefour ke, mesti di atasnya ada ikan mentah. Orang Jepun memang suka ikan mentah tapi mestilah yang segar. Macam-macam warna. Dan cara hidangannya semestinyalah menarik. Ye kan? Teringat pula pada suami saya yang suka makan sushi. Abuya pulak akan kata, "sushi???TAK BAGUS!!nanti otak berulat", katanya selepas tengok info 'akibat makan sushi' di internet.Ok, berbalik semula pada cerita tadi. Satu masalah yang perlu dihadapi oleh nelayan-nelayan ini ialah perairan Jepun tak banyak ikan. Jadi, mereka perlulah pergi ke tempat atau perairan yang lebih jauh. So, mereka sediakan bot yang lebih besar dan canggih yang dilengkapi dengan freezer dan bermacam-macam lagi. Jadi dapatlah mereka menangkap ikan sebanyak-banyaknya dan menyimpan ikan-ikan tersebut di dalam freezer. Selang beberapa hari, apabila sampai saje di daratan, ikan-ikan tersebut dihantar ke pelbagai tempat untuk dijual. Tapi satu lagi masalah timbul, orang-orang Jepun tidak sukakan rasa ikan tersebut. Bagi mereka rasa ikan yang telah disejukbeku tidaklah seenak ikan segar.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini nelayan-nelayan tersebut telah mencari alternatif untuk memastikan ikan yang dibawa pulang adalah ikan-ikan hidup dan semestinya segar. Mereka pun menyediakan tangki-tangki besar untuk menyimpan hidup-hidup ikan yang telah ditangkap dalam kapasiti yang agak banyak. Persoalannya adakah Japanese (orang-orang Jepun) akan sukakan rasa ikan-ikan tersebut?? Amat mengejutkan, mereka masih lagi tidak sukakan rasa ikan tersebut. Ish-ish, cerewet betul mereka ni.

Akhirnya, nelayan2 ini telah mendapat satu idea. Mereka masih menggunakan tangki2 tersebut tetapi dalam masa yang sama setiap tangki tersebut akan diisi dengan jerung kecil. Untuk apa??? Jerung ini menyebabkan ikan2 tadi bergerak/ berenang lebih aktif bagi mengelakkan diri dimakan oleh jerung tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan mereka lebih segar apabila sampai di daratan kelak. Ikan2 yang lemah dan malas bergerak, sudah pasti akan jadi habuan jerung tersebut. 

Jadi, apakah jerung dalam hidup kita??? Sudah tentu anda tahu jawapannya kan!! Cabaran, dugaan dan ujian yang ALLAH berikan pada kita bukan untuk menyusahkan kita, tapi bagi memastikan kita sentiasa dalam keadaan FRESHed, MOTIVATed, and MOVE FASTER. Renung-renungkan..

No comments:

Post a Comment